Diveheart

diveheart malaysia

Diveheart

Diveheart Malaysia

KUCHING 26 Ogos – Seorang belia yang mengalami patah tulang belakang sejak dua tahun lalu kelihatan gembira setelah menyertai sesi percubaan menyelam skuba sebagai hidroterapi di sini sebentar tadi.

Freddick yang difahamkan menjadi individu pertama bukan hanya di Sarawak malah Sabah, Brunei dan Kalimantan, Indonesia diperkenalkan dengan menyelam skuba khusus bagi orang kurang upaya (OKU) yang dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Diveheart yang ditaja Premier Marine & Scuba Centre.

Menurut Freddick Jilam, 26, dia berasa sedikit gementar ketika mahu mula memasuki kolam renang namun dengan tunjuk ajar diberikan mereka terlatih ianya berjalan lancar.

“Ketika di dalam air, pergerakan saya lebih ringan tidak berasa kaki berat.

“Saya berharap kalau dapat dan berpeluang mahu teruskan sesi skuba seperti ini lagi,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas sesi percubaan menyelam skuba itu di sini hari ini.

Freddick sebelum ini difahamkan mengalami kemurungan dengan keadaannya yang mana hanya dapat berjalan perlahan sekitar 10 minit maksimum dan selebihnya menggunakan kerusi roda.

malaysia utusan

Sementara itu, pemilik Premier Marine & Scuba Centre merangkap Program Koordinator Diveheart Malaysia Timur, Ernest C. Teo berkata, pihaknya membawa dan memperkenalkan program itu bagi memberi peluang kepada OKU untuk mencuba skuba sebagai hidroterapi.

Jelasnya, melalui menyelam skuba mereka dapat memberikan semangat dan harapan baharu kepada pesakit berkenaan dengan suasana berbeza di dalam air disamping tiada tekanan kepada tubuh badan.

“Pesakit ini dapat bergerak lebih banyak contohnya seperti Freddick sendiri dapat membuat selaman sekitar 20 minit.

dh malaysia

“Kita berharap program ini dapat diteruskan bagaimanapun ia memerlukan sukarelawan untuk membantu dan dana yang mana kos bagi satu sesi adalah sekitar RM300 seorang bagi menyewa peralatan skuba dan keperluan berkaitan,” ujarnya.

Sehubungan itu, Ernest menyeru kepada badan korporat atau individu yang berminat untuk menaja atau menjadi sukarelawan sesi menyelam skuba khusus kepada OKU yang memerlukan sebagai satu sumbangan dan tanggungjawab sosial korporat.

malaysia dh utusan

“Sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya di talian 012-8892336,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Watch video on Youtube.

Read original article on Utusan website.